Showing posts with label kembara hikmah. Show all posts
Showing posts with label kembara hikmah. Show all posts

Monday, July 10, 2017

Salam Aidil Fitri Kepada Readers Blog Cik Matahariku

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Tahu-tahu sudah dua minggu kita beraya ya.14 Syawal 1438H barulah tuan tanah Blog Cik Matahariku sempat luangkan masa untuk menyampaikan salam lebaran kepada semua readers blog saya.Andai kata banyak tulisan atau catatan saya dalam blog ini yang menguris rasa, kemaafan saya pohon kerana siapa pun kita, hakikatnya memang tidak dapat lari dari berbuat kesilapan.

Gambar first Day raya di kampung saya.Alhamdulillah.
Tema merah biru kami sekeluarga.

Haih.Syukurlah masih berpeluang berbaju baru dihari raya, ada kampung dan orang tua untuk diziarahi juga sanak saudara untuk bertanya khabar.Inilah antara nikmat yang saya masih kecapi sejak hampir empat dekad menghirup udaraNya di muka bumi ini.Allahu akhbar! 

Salam Aidil fitri daripada saya sekeluarga
Semoga syawal ini menambah berkat dan rahmat Ilahi dalam keluarga kami.aamiin.

Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi setiap hambaNya.Saya tak terfikir pun bahawa raya pada tahun ini, Allah akan hantar saya dan anak kecil saya ke hospital!Petang raya ketiga, saya dikejutkan dengan berita yang doctor minta supaya anak saya ditahan di wad kanak-kanak Hospital Muar.Yup! nikmat kesihatan hanya akan kita ketahui setelah kita mengalami kesakitan.

Si Kecil saya Aryan Iman pada hari kedua warded di hospital Muar.

Meskipun bukan saya yang sakit, tetapi menguji saya melalui anak kecil saya juga bukanlah hal mudah bagi saya sekeluarga.Bayangkan anak kecil saya yang berusia 4 tahun, yang setiap hari seawal subuh sudah diambil darahnya untuk dihantar ke makmal.

Saya kira dah teruk sangatlah tu kononnya, padahal, pada masa sama, ramai lagi ibu dan bapa yang bersedih dan murung kerana nasib bayi mereka masih tidak diketahui.Allahurabbi.Sungguhlah, saya hanya hambaNya yang sangat lemah dan serba kekurangan.Ujian untuk kami sekeluarga sebenarnya “apalah sangat” jika kami bandingkan dengan mereka yang lain yang saya temui di wad kanak-kanak ini.

Alhamdulillah, semakin baik perkembangan kesihatan Aryan Iman
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan Aryan Iman.:)

Bagi saya secara peribadi, biarlah raya ni saya masuk dalam #teamrayahospital kerana musibah ini, Allah bagi saya banyak pelajaran baru dalam hidup saya.Semoga Allah lapangkan masa saya untuk saya kongsikan kisah #teamrayahospital ini dengan readers blog ini semua.InshaAllah.

Salam Lebaran saudara saudari semua, Minnal Aaidil wal Faaizin..     


Tuesday, June 20, 2017

Pengalaman Berjaya Mohon egTukar Guru Sesi Jun 2017

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Berjaya Dalam Sekali Permohonan Pertukaran Eg Tukar Guru Tahun 2017-Alhamdulillah. Ini ungkapan terbaik saya luahkan saat saya semak keputusan Egtukar guru sesi Jun bagi tahun 2017.Saya adalah seorang daripada 2825 orang guru yang berjaya mendapat kelulusan pertukaran bagi sesi Jun 2017.Menarik dan istimewa bukan.heheh.

Alhamdulillah, Allah permudahkan hasrat kami untuk berhijrah ke Negeri Sembilan:)

Hasrat membuat permohonan pertukaran tempat perkhidmatan perguruan saya bukanlah diambil dalam jangka masa yang lama.Walaupun kami ( saya dan Encik Suami) sudah merancang untuk membeli rumah di Negeri Sembilan dan menetap di sana sehingga usia pencen ( kalau panjang umur) namun semuanya bergantung kepada keperluan semasa kami.

Insha Allah, kami bakal berhijrah ke lokasi ini pada hujung tahun ini

Desakan memohon pertukaran ini bertambah kuat apabila kami sudah mendapat kunci rumah baru kami di sana.Maksudnya rumah kami sudah siap untuk diduduki.Tambahan pula, pemotongan gaji juga sudah dibuat melalui akaun gaji bulanan saya yang pastinya akan membuatkan komitmen kewangan kami sekeluarga semakin tinggi.

Episod Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri.
Maka bermulalah episod permohonan pertukaran perkhidmatan saya dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP )ke Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).Sehingga tahun ke-7 perkhidmatan, saya tidak pernah sekali pun memohon untuk bertukar ke mana-mana.Kiranya itulah kali pertama saya buka website online eg tukar guru.huhu.

Nervous jugak sampai saya boleh lupa id dan password kat e-operasi sebelum membolehkan saya log in untuk membuat permohonan online di eg tukar guru.Yelah, sebelum ni memang tak ambik port pun bab pindah randah ni.huhu.Tahu-tahu, bila bincang dengan Encik Suami, kami sepakat untuk mempercepatkan permohonan pertukaran sebab apa yang kami dengar, bukan mudah nak dapat kelulusan pertukaran ini jika sebab tidak kuat ataupun satu lagi kalau rezeki kita memang masih kat sekolah semasa.

Bab paling sukar bila apply eg tukar guru ni ialah sebab atau alasan.walaupun saya punya alasan yang kukuh ( bagi pandangan sayalah kann) namun saya tahu kat luar sana ada beribu lagi guru yang juga mempunyai hasrat dan keinginan seperti saya.Akhirnya nanti, rezeki masing-masing juga yang menentukan permohonan kami ini lulus atau tidak.

Sempat juga saya berbincang dengan Guru Besar akan hasrat saya untuk memohon pertukaran.Asalnya saya menyatakan sebab permohonan sebagai tempoh perkhidmatan yang melebihi lima tahun.Sebab dalam pilihan tu, itu jelah sebab yang paling releven dengan saya.Yang lain tu memang tak berkaitan. Kalau ikut saya, yang sebenarnya saya mahu berpindah rumah dan menetap di lokasi yang saya mohon.

Kemudian, saya ada juga bertanya pendapat dan berbincang dengan sahabat-sahabat yang sudah berjaya dalam pertukaran mereka.Akhirnya saya memilih sebab mengikut pasangan.Betul juga.Itulah hasrat saya agar kami dapat berpindah ke rumah baru kami bersama-sama nanti.

Proses seterusnya berjalan lancar.Selain lampiran dokumen sijil nikah saya dan Suami, saya lampirkan juga surat kebenaran Suami ( cehh..kemain) yang saya edit dari contoh surat rakan saya yang sama-sama membuat permohonan pertukaran.Surat ini juga ditandatangani dengan cop rasmi Guru Besar saya. Saya tak pasti sama ada rakan guru lain ada buat seperti ini juga atau tidak.Saya harap strategi ini boleh membantu proses kelulusan permohonan saya.Insha Allah.

Ini contoh surat Kebenaran Suami ( yang sebenarnya suami saya tak baca pun apa yang saya taip dalam surat tu.) yang saya lampirkan dalam permohonan pertukaran ini.Tak tahulah depa dok baca ke tidak tapi inilah usaha saya.huhu.

Contoh Surat Kebenaran Suami -Permohonan pertukaran eg Tukar Guru Antara Negeri.
Ini bukanlah satu jaminan yang kalau rakan guru guru gunakan sebab yang sama, maka urusan permohonan anda akan terus berjaya seperti saya.

Surat Kebenaran Suami yang saya lampirkan bersama permohonan pertukaran saya ke Negeri Sembilan dalam permohonan egtukar guru tahun 2017.

Saya kongsikan ini sebagai gambaran bagaimana saya mengarang sebab musabab permohonan pertukaran saya.Secara peribadi, sebab-sebab pertukaran ini memang terlebih dahulu kami bincangkan bersama sebelum saya mengolahnya menjadi sebuah surat rasmi.

Tips Menyatakan Sebab Dalam Permohonan Pertukaran Sekolah
Banyak sebab yang kita pernah dengar tentang permohonan pertukaran sekolah rakan-rakan kita.Dalam kes saya. beberapa pencerahan dan tips yang saya dapati dan ingin kongsikan ialah :
  1. Semasa membuat permohonan, walaupun saya major dan options dalam subjek Sejarah, tetapi apabila membuat permohonan, kita hanya ditanya mengenai subjek dominan yang saya ajar, maka BM merupakan subjek dominan yang saya ajar.Kalau ikut button traffic yang saya tengok semasa membuat permohonan online, kekosongan subjek dominan itu hanya ada di SJKC.Tetapi semasa memohon, saya tetap memilih untuk ke SK walaupun saya tahu tiada kekosongan.Tawakkal sajalah!- Apabila saya lapor diri ke sekolah baru, saya diberitahu bahawa di sekolah tersebut memang tiada guru dengan option Sejarah.Jadi, kelulusan pertukaran saya secara logiknya memang memenuhi keperluan perkhidmatan seperti yang dimaklumkan oleh KPM tentang kejayaan sesuatu permohonan.
  2. Saya tidak bermain emosi dalam menyatakan sebab secara keterlaluan.Sebab yang saya berikan memang fakta yang tidak dapat disangkal iaitu kami mahu berpindah ke rumah baru yang sudah dibeli.Yelah kan, kalau kita beli rumah, buat apa kita nak duduk sewa sepanjang hayat? Duduk menyewa di bandar Kuala Lumpur? Saya fikir itu bukan tindakan bijak dalam masa yang panjang.
  3. Kekangan kewangan dalam hidup semua orang juga tidak dapat dinafikan.Besar atau kecil sahaja masalahnya,Yang pasti masalah kekangan bagi keluarga saya pula ialah, kami sedang membayar dua buah rumah pada masa yang sama.Rumah pertama yang kami duduki sekarang walaupun bukan sewa, tetap memerlukan komitmen yang tinggi.Jadi alternatif terbaik dalam mengurus kewangan keluarga, suami saya mencadangkan kami segera berpindah ke lokasi yang memang kami ingin menetap, sementara rumah pertama ini akan disewakan.
  4. Secara peribadi, memberi sebab menjaga orang tua seperti sangat biasa dan tidak special, tetapi bagi kami pula, itulah antara hasrat dan impian kami mengapa kami memilih untuk menetap di lokasi yang berhampiran dengan ibu bapa kami.Tipsnya disini, orang tua sebenarnya azimat dan sebab yang sangat mustajab untuk kita masukkan sekali dalam list permohonan pertukaran kita.Niat itu sangat penting.
  5. Jangan buat surat seperti luahan perasaan semata-mata.Kalau dalam surat rasmi kita ceritakam masalah rumahtangga, masalah urus anak dan keluarga sebab duduk berjauhan dengan pasangan atau keluarga, ia hanya menunjukkan ketidakmatangan kita sebagai seorang guru.Olah ayat secara formal supaya kita dilihat serius dalam permohonan dan perancangan hidup berkeluarga kita. 
Apapun, ini semuanya atas rezeki dan asbab sahaja.Yang nyata seperti yang sahabat guru saya sebutkan, rezekinya masih di sekolah lama, tetapi rezeki saya sudah tiada disitu,Rezeki saya kini di sekolah baru dimana saya ditempatkan.Allahuakhbar.Allah sudah aturkan yang terbaik buat saya.Just follow the flow kata Encik Suami saya:)

Antara hadiah yang saya terima daripada seorang sahabat baik di Convent

Tatkala saya mengetahui bahawa permohonan kali pertama melaui eg tukar ini berjaya, jujurnya saya memang tidak bersedia.Tak bersedia maksudnya dari aspek sudut hati dan perasaan saya yang masih sayangkan sekolah Convent, sekolah pertama saya dalam sejarah perkhidmatan perguruan saya dalam sekolah kerajaan. Jika ikut rekod sejarah saya sebagai guru, ini merupakan sekolah ketiga yang pernah saya berkhidmat, dua sebelumnya saya mengajar di sebuah sekolah rendah Islam ( sekolah Integrasi) di Johor Bahru dan juga Gombak.

Majlis terakhir saya di Convent, Iftar bersama rakan-rakan

Persahabatan yang terjalin menjadi kenangan yang sukar dilupakan

Selepas mengetahui di sekolah mana saya ditempatkan, sekali lagi saya blur.Macam mana saya nak lapor diri? Surat kelulusan pertukaran dari JPWP pun saya tidak terima, sedangkan saya diberitahu, perlu bawa surat kelulusan pertukaran sebelum lapor diri ke sekolah baharu.

Lapor Diri di Sekolah Baru
Kalau ikutkan tarikh dalam surat makluman penempatan, pertukaran sekolah saya berkuatkuasa pada 12 Jun 2017 (Isnin).Guru besar sekolah lama pula minta saya mohon penangguhan kerana perlu membuat nota serah tugas sebelum meninggalkan sekolah dan pelbagai urusan yang saya sendiri perlu selesaikan.

Mahu tidak mahu, saya berbincang dengan Encik Suami, untuk meninjau terlebih dahulu lokasi sekolah sambil mencari-cari rumah atau bilik untuk disewa memandangkan rumah yang saya beli itu belum lagi siap renovation untuk diduduki.Namun aturan Allah itu lebih baik.Semuanya menjadi lebih mudah apabila saya menelefon Guru Besar sekolah baru dan maklumkan yang saya mendapat pertukaran ke sekolah beliau, tapi belum lagi mendapat surat pertukaran.

Alhamdulillah, mudah urusannya apabila Guru Besar tersebut minta saya supaya terus sahaja lapor diri apabila saya maklumkan saya ada diluar pagar sekolahnya.hehe.Dari situ, saya terus melapor diri dan berjumpa Guru Besar dan juga Guru Penolong Kanan sekolah itu.

Alhamdulillah, saat saya menaip post ini, saya sudah pun menyerahkan nota serah tugas kepada pentadir sekolah lama dan secara rasmi saya kini bukan lagi warga pendidik di Convent Sentul tetapi menjadi ahli warga guru di SK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson.pheww.

Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat guru, pentadbir dan staff di SK Convent Sentul yang saya sayangi:).Kalian antara insan terbaik yang hadir dalam hidup saya.Saya pasti rindu akan segala kegembiraan, kenangan dan pengalaman yang tercipta bersama kalian:)

Kepada warga SK Kampung Baru Si Rusa, please be kind to me:)

Thursday, March 09, 2017

Impian Miliki Rumah Kedua Jadi Kenyataan

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cukup dua tahun kami menunggu, baru-baru ni saya dan Encik Suami telah selesai urusan mengambil kunci rumah baru kami.Alhamdulillah:).Kalau anda rajin tengok-tenngok post saya sebelum ini, memiliki rumah kedua ini adalah impian kami pada tahun 2015, dan telah dapat kami miliki menjelang Februari 2017.

Ingat lagi masa plan nak beli rumah tu, banyak jugak cabaran yang kami hadapi.Ketika itu berbelah bagi sama ada nak beli tanah lot atau beli rumah dah siap. Sampai satu tahap, Encik Suami hampir nak beli rumah second yang orang nak jual.Sesungguhnya, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kami .Akhirnya, Encik Suami jumpa satu iklan di mudah.my.

Harga rumah tu antara mampu milik dan mampu tengok je mulanya.haha.Akhirnya kami buat keputusan untuk datang sendiri dan tengok rumah yang katanya sedang dalam fasa pembinaan.Yeahh. Kini, Allah rezekikan kami untuk miliki rumah double storey dengan empat bilik tidur, tiga bilik air dan keluasan rumah 22 x 75 sq,  dan juga dalam lokasi yang seperti kami inginkan.

Bandar Springhill di Port Disckson, lokasi yang menjadi pilihan kami sekeluarga
untuk menetap selepas ini.Insha Allah.

anak beranak kami angkut time nak pi ambik kunci rumah baru.
excited bebenor ni.kehkeh.

Dalam tempoh mula membeli rumah kedua ini, ada beberapa hal yang kami hadapi. Sebagai kakitangan awam, memang saya dapat kemudahan pinjaman untuk membeli rumah.Jadi, saya manfaatkan kemudahan ini. Pinjaman perumahan saya ini hanya lulus sekitar 80 peratus sahaja.Pada peringkat awal, kami tersalah merujuk gred gaji saya, dan membuat pinjaman perumahan  sebanyak RM400,000.

Selepas permohonan, rupanya saya hanya layak memohon sehingga RM 380 00O sahaja.Masa tu pulak, dah suka sangat dengan rumah dan lokasi yang kami dapat, kami teruskan juga pembelian rumah ini dan harus pula membayar wang beza sekitar RM20,000.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami, dalam tempoh dua tahun, rumah yang kami tunggu pun siap pembinaannya.Antara perkara menarik mengenai rumah kedua kami ini ialah, ia seperti kebetulan tetapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Sebenarnya, sebelum kami buka mulut kepada keluarga tentang hasrat kami untuk membeli rumah kedua di Port Dickson, Abang sulung saya lebih dahulu bertanya sama ada saya sudah rancang untuk beli rumah dengan kemudahan dari kerajaan. Abang Long saya ni, nama je kerja Lecturer, tapi minatnya terhadap pelaburan hartanah sangat hebat,dia berkongsi minat dengan suami saya.

Lalu, Abang Long saya mula bercerita tentang sebuah lokasi yang sering dilaluinya tiap kali menghantar anak sulungnya di Uitm Seremban.Abang Long saya pernah tedetik dalam hatinya, untuk mencadangkan supaya kami membeli rumah di kawasan tesebut.

Yang surprisenya, rumah yang Abang Long saya maksudkan itu, adalah area rumah yang sama yang sedang kami usahakan untuk membelinya pada masa itu.Subhanallah!Dan sekarang, alhamdulillah, rumah itu sudah dapat kami miliki dan Insha Allah bakal kami diami tidak lama lagi:)

 Bersama Evelyn, lawyer yang uruskan hal pengambilan kunci rumah 

Masa ni kami perlu selesaikan bayaran deposit air dan api dan juga bayaran 
lewat proses permohonan  pinjaman perumahan pada peringkat awal dahulu.
Jumlah bayaran sekitar RM2000 +- ( selepas dapat pengurangan)

 Perjalanan ke rumah baru. Satu lagi yang kami suka tentang rumah ini ialah lokasinya yang dekat dengan masjid. Antara ciri-ciri lokasi rumah yang saya dan Encik Suami impikan:)

 Konon-konon baru first time nak buka pintu rumah, padahal dah banyak kali jugak kami singgah sini time otw balik ke kampung di Johor atau balik ke Kuala Lumpur.kehkeh.
oklah, bagi chance kat mama...

Seronok budak-budak ni dapat tengok rumah baru.At least, impian nak duduk rumah landed bersama anak-anak dapat kami penuhi, Insha Allah.

 Ini pemandangan sebelah dalam rumah, masa ni kami tengok rumah di area tempat kami yang sedang dalam renovation.

 menarik jugak kalau dapat buat ruang tamu dengan lighting macam ni kann..
duitnya pun menarik jugak ni..mueheheh...

ruang tangga untuk ke tingkat atas

 bahagian wet kitchen

 bahagian dry kitchen

view belakang rumah

Orait, kita balik dulu.Lain kali kita singgah lagi.
semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga untuk menetap di sini.aamin.

Kepada readers, jika anda kakitangan awam dan belum lagi menggunakan kemudahan peminjaman yang disediakan bagi pembelian rumah, saya nasihatkan mulalah berfikir untuk memiliki rumah sendiri. Jangan ambil masa terlalu lama, sehingga usia sudah 30-an tetapi masih belum memiliki rumah sendiri.Ia akan melibatkan urusan tempoh bayaran balik pinjaman dan banyak lagi.

Kita perlu rancang dan gunakan kemudahan yang disediakan kepada hal-hal yang dapat menambah baik kehidupan dan kewangan keluarga.Saya pula sangat bersyukur dan berterima kasih kerana suami saya seorang yang menyukai pelaburan hartanah dan bijak mengurus kewangan keluarga.

Pada usia kami pertengahan 30an lagi, kami sudah dapat merealisasikan banyak perancangan dan impian kami.Dalam senyap-senyap juga, suami sudah membeli rumah ketiga yang terletak di Cyberjaya sebagai salah satu aset pelaburan dan rancangan mengukuhkan kewangan keluarga. 

Jika anda tidak punya ilmu berkaitan hal pembelian rumah atau pengurusan kewangan, usahakan mencari dan mengumpul maklumat dan info yang tersedia dalam banyak laman web yang berkaitan.Ya, usaha mendapatkan ilmu dan belajar memahami ilmu yang diketahui sangat mudah dan penting.

Dalam zaman teknologi maklumat seperti ini, kemudahan mendapatkan pelbagai ilmu sebenarnya hanya dihujung jari sahaja!Usahakan sekarang, anda pasti beroleh hasilnya:)

Thanks, reading this entry !
Mohon doakan urusan pertukaran perkhidmatan saya ke Negeri Sembilan diluluskan dan dipermudahkan ya.:)

Sunday, January 15, 2017

SMA Bestari, Subang Jaya ( SAMBEST) Pilihan Kami

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kak Iman Dapat Tawaran Tingkatan 1 Ke SMA Bestari, Subang Jaya-Alhamdulillah.Hampir dua minggu sudah Puteri sulung saya, yang senang kami paanggil sebagai Kak Iman mendaftar di SMA Bestari Subang Jaya, Selangor.Kalau anda sudah baca post saya tentang Selamat Tahun Baru 2017, maka suka saya kongsikan di sini, mendapat tawaran dari sekolah ini juga antara senarai doa yang saya pernah tuliskan dalam buku Doa saya:)

Pada Allah jualah sebaik-baik kesyukuran saya panjatkan kerana kurniaanNYA yang tidak terhingga untuk saya hitung.Semoga Allah berikan saya kesempatan yang luas dan banyak untuk saya sentiasa bersyukur.aamin.

Owh ya,Selain dari tawaran di SAMBEST ( shortname untuk sek tersebut), Kak Iman juga dapat tawaran dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor ( MITS) di Sabak Bernam.Kami mempunyai tempoh seminggu sebelum tarikh tutup terima tawaran di beri oleh MITS.Pada masa yang sama, Kak Iman beritahu saya dia sebenarnya mahu ke SAMBEST.

Pada waktu ini, saya hanya dapat nasihatkan kakak supaya buat solat hajat dan banyakkan berdoa.Tak payah fikir bagaimana Allah akan kabulkan doa kita, doalah sahaja banyak-banyak dan penuh harap.Insha Allah.

Walaupun ustazah di sekolahnya ada beritahu, jika sudah terima tawaran MITS, tak akan dapat SAMBEST, tapi naluri seorang ibu saya merasakan, Kak Iman masih ada peluang tersebut.wallahualam.

Akhirnya, syukur kerana Kak Iman direzekikan untuk menyambung pembelajaran sekolah menengahnya di sekolah itu.Saya dan ayahnya pasti yang paling gembira dengan tawaran, ini dan tambah melegakan kami, Kak Iman juga suka akan sekolah tersebut.

Orait, saya pernah beritahu kat Encik Suami, jika berkesempatan, saya ingin kongsi tentang sekolah ini dalam blog saya. Kalau ikutkan saya tahu tentang kewujudan sekolah SAMBEST ini pun dari ustaz dan ustazah di Seri Al Huda, Gombak.

Bila saya cuba Google imej dan news, tak banyak yang kongsikan pengalaman ibu bapa yang hantar anak ke sekolah ini.Jadi, saya ambil kesempatan sebab punya blog sendiri untuk kongsi pengalaman saya yang tak seberapa ini.huhu.

Pertama kali sampai ke sekolah ini, saya berdua dengan Encik Suami terpukau dengan Panorama hijau yang terdapat di sekolah ini.Ah, nyaman sekali dan sangat sesuai dan selesa sebagai salah satu tempat menimba ilmu.

Sekolah ini terletak di USJ 5, Subang Jaya, berhampiran dengan kawasan perumahan elit, yang saya anggap rumah orang "ada-ada"kerana hampir semua rumah-rumah di situ adalah rumah banglo yang kita tahu saiz keluasannya besar mana kann.

Panorama SAMBEST

Pintu gerbang SAMBEST menyambut kedatangan kami

kawasan parkir kereta yang sangat luas.Pejabat sekolah berada
di banguanan utama ini. 

Ini ialah ruang hadapan pejabat sekolah yang terdapat 
taman-taman yang cantik dengan pokok-pokok yang menghijau.

wakaf sekolah yang cantik dan selesa

Dewan utama sekolah

Bangunan asrama puteri

surau sekolah

pondok-pondok wakaf di sekitar hadapan bangunan asrama puteri

ruang kantin sekolah yang kemas dan selesa

susun atur ruang kantin yang sedap mata memandang:)

sudut sisi dari kawasan parkir ke kantin sekolah

Antara bangunan kelas dan deretan papan info berkaitan result peperiksaan
sekolah, PT3, dan SPM.Sempat juga saya dan Encik Suami tengok result murid di situ dan
result yang dipamerkan memang hebat, Masya Allah..boleh capai GPS sehingga 1.2 untuk beberapa subjek teras.

kawasan padang sekolah

 Ini pula senarai anugerah yang pernah diterima oleh sekolah ini.Ketika ambil gambar ini
saya ingatkan hanya satu papan mercu tanda kecemerlangan yang ada, tapi kemudiannya Encik Suami beritahu ada dua lagi papan mercu tanda yang sama.Oh Tuhan..

 Nah, kalau rajin bacalah satu-satu.hehe.

Anugerah paling terbaharu ialah pada tahun 2015 iaitu 
Anugerah Sekolah Cemerlang Negeri Selangor-

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya gigih tangkap pic sekolah segala bagai ni kan, haha..sebenarnya ketika kami datang ke sekolah ini untuk menghantar borang maklum balas terima tawaran, Kak Iman tak dapat ikut sekali dan saya janji akan kongsikan gambar sekolah kepadanya.

Saya pernah berazam suatu ketika dahulu, jika anak-anak saya akan ke sekolah perin
gkat menengah, saya mahu pastikan sekolah itu nanti adalah sekolah terbaik yang dapat menyambung kesinambungan apa yang telah mereka perolehi semasa di Seri Al Huda, Gombak.

Alhamdulillah, apabila berpeluang melihat sendiri sekolah ini, saya terus panjatkan doa kepada Ilahi semoga suatu hari nanti, kelima-lima anak saya dikurniakan rezeki dapat menimba ilmu di sini.aamin.

Latar Belakang dan Sejarah SAMBEST
Penubuhan Sekolah Agama Menengah Bestari yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan Dan Pembelajaran, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertujuan memantapkan sistem pendidikan yang menawarkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dalam jurusan Sains dan Teknik sebagai kurikulumnya. Kewujudan sekolah ini diharapkan dapat memenuhi Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sekolah ini mula beroperasi mulai 29 eMei 1998 di kawasan seluas 37 hektar. Bermula dengan dua kelas pelajar Tingkatan Lima yang dipindahkan daripada Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), Shah Alam, dan sepuluh kelas pelajar Tingkatan Empat yang dipilih daripada seluruh sekolah agama menengah (SAM) negeri Selangor. Jumlah guru dan kakitangan sokongan ketika itu adalah 38 orang. Pengetua yang pertama ialah Ustaz Sholehuddin Bin Kayat. Pada tahun 2000, sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan Satu sebanyak dua kelas atas permintaan masyarakat setempat.

Sekolah ini telah mencatat kecemerlangan dalam Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2001, 2002 dan 2003, dan menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang di Malaysia. Demikian juga dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2002 dan 2003 di mana sekolah menduduki tempat ke 13 di seluruh Malaysia. Pada tahun 2005 dan 2006 seorang pelajar Tingkatan Tiga mencipta nama menduduki tempat kedua keseluruhan PMR seluruh Malaysia.


99 % pelajar lepasan sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di dalam dan luar negara dalam pelbagai jurusan terutama kedoktoran dan kejuruteraan.( Sumber Wikipedia).

Sekolah Yang Didoakan
Tatkala Kak Iman selesai mendapat result UPSR dan PSRAnya, saya mula berfikir dan mencari-cari maklumat yang berkaitan dengan sekolah-sekolah terbaik yang menawarkan pendidikan aliran agama di sekolah menengah.Tambahan lagi, Kak Iman berkeinginan untuk tinggal di asrama.

Walaupun result UPSR Kak Iman melayakkan dia ke mana sahaja sekolah terbaik, saya harus akur dengan latarbelakang pendidikan sekolah rendahnya yang bersekolah di sekolah swasta, maka Kak Iman hanya boleh pergi ke sekolah tertentu.Alhamdulillah, dengan laatar belakang dan pencapaian yang ditunjukkan sekolah ini, saya berdoa semoga Kak Iman dapat menjadi salah seorang pelajar yang akan mencipta kecemerlangan untuk sekolahnya.

Secara peribadi kami mentingkan persekitaran dan budaya sekolah dalam memastikan, walau di mana putera puteri kami berada, biarlah sekolah itu mementingkan tarbiyyah Islam sebagai asas pendidikannya.aamin.Insha Allah.

Semoga SAMBEST menjadi medan terbaik buat putera puteri saya mendewasakan diri dengan bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi.aamin

semoga Allah permudahkan semuanya..aamin:)

Sampai jumpa lagi, thanks for reading this entry!

Saturday, December 03, 2016

Cara Mudah dan Cepat Buat MyKad Anak Usia 12 Tahun di JPN UTC Sentul, Kuala Lumpur

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Mudah dan Cepat Buat MyKad Anak Usia 12 Tahun di JPN UTC Sentul, Kuala Lumpur-Sebenarnya kalau ikutkan saya dan Encik Ayah Iman benar-benar terlupa untuk buat kad pengenalan kakak Iman yang dah masuk 12 tahun pada 21 November lalu.Masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.Nasib baik tuan punya badan ingat akan hal ini dan bertanya bila kami akan bawa dia untuk buat IC barunya.Dasar mak bapak sibuk dan menyibuk le ni.kihkih.


 welcoming di pintu masuk JPN UTC Sentul, just nice:)

ngam-ngam masuk terus kaunter ambik nombor giliran, memang mesra
pengguna lah kaunter JPN ni, I like..:)

Orait, pada pagi Sabtu tadi barulah kami berkesempatan bawa kakak ke UTC Sentul untuk buat IC.Walaupun yang tak bestnya bab parking kereta kat UTC ni, tapi bab daftar dan buat IC baru anak kami memang sangat mudah dan cepat pula prosesnya.Syukur, AlHamdulillah:)

Kaunter pendaftaran yang masih lengang time kami sampai

Sementara Encik Ayah pi cari parking kete, saya dan kakak terus ke tingkat 3 di UTC Sentul.Biasalah kat UTC ni merangkap ada pasar pagi juga, jadi sah-sah mesti crowded time hujung minggu macam ni.Sebelum datang ke Jabatan Pendaftaran kat UTC ni, kami dah siap-siap bawak mykid dan surat beranak kakak.Memang tak survey pun nak bawak apa time buat ic anak ni, tapi itulah dokumen yang kami rasa akan diperlukan bila buat pendaftaran nanti.


List dokumen yang kite perlu bawa time buat permohonan mykad anak
yang genap 12 tahun.sumber: http://www.jpn.gov.my/

Memang langkah kanan, time kami masuk pintu pejabat Pendaftaran tu, tiada orang yang sedang beratur, saya terus ke kaunter ambil no giliran, dan staff kat situ bertanya untuk urusan apa.Kemudian staff tersebut berikan saya borang pendaftaran permohonan untuk buat ic baru anak.

Staff tu siap tunjukkan mana bahagian yang saya perlu isi.Memang cekap dan baguslah khidmat depa ni.Dalam 5-7 minit, saya siap isi borang tersebut. Dalam borang tu dia mintak kita lengkapkan no ic anak, nama penuh dan alamat rumah kita. Selain maklumat agama, keturunan dan negeri kelahiran anak.Ok, setel bab ni, kami tunggu nombor giliran dipanggil.



contoh borang yang kita perlu isi time buat permohonan mykad
hanya borang asal yang diambil dari JPN sahaja yang diterima ya.Tak boleh download atau fotostat.Sumber : http://www.jpn.gov.my/


 Kakak Iman sedang menunggu staff pejabat Pendaftaran proses
permohonan buat ic baru

Sedang elok kami tunggu dalam 5 minit gitu, nombor giliran kami pun naik.Di kaunter pendaftaran tu, saya serahkan borang tadi dan staff minta saya berikan ic saya sebab saya yang daftarkan nama pemohon dalam borang tu.

Orait, kemudian staff tersebut ambik pengesahan ibu jari kanan dan kiri kakak, juga pengesahan ibu jari kanan dan kiri saya untuk pengesahan kad pengenalan saya.Selepas tu, kami diminta tunggu sebentar untuk proses mengambil gambar dalam sebuah bilik yang disediakan.

 Kakak tengah nak touch up muka sebelum proses tangkap gambar
kat bilik sebelah

 sama je muka tu kakak..dia ni memang tak minat nak lawa-lawa..kihkih

jangan senyum sampai nampak gigi sudah ya kak time tangkap
gambar untuk buat ic nanti..control sikit ayu tu.hahha..

Dalam 10 minit menunggu, tiba giliran kakak.Sempat juga saya mintak kakak touch up sikit muka tu dengan bedak compact.karang taklah muka tu sememeh je.haha.Ambik gambar pun tak lama.Bagus pulak kakak yang ambik gambar tu.ramah pun ramah walau kena kerja hari Sabtu.hihi.


 Staff yang ambik gambar, nice je orangnya.Dia siap mintak kakak
tanggalkan spek sebab boleh sebab flash time dia ambik pic nanti.So, gambar ic kakak tanpa spek lah kiranya nanti

Orait, setel bab buat ic kakak:)

Haa, mudah bukan proses daftar kad pengenalan baru untuk anak-anak kita yang dah cukup umur 12 tahun.Seingat saya ada tempoh tertentu selepas tarikh lahir anak kita cukup 12 tahun untuk buat ic.Lepas tu, kita akan dikenakan bayaran tertentu jika lewat mendaftarnya.


ini bayaran denda yang dikenakan jika kita lewat daftar 
bila usia anak genap 12 tahun : Sumber http://www.jpn.gov.my/

Kami dimaklumkan, ic baru boleh ambil di pejabat tersebut pada keesokaan harinya.Alhamdulillah, harap perkongsian dan pengalaman kami ini dapat beri kebaikan dan manfaat kepada readers blog ini.

ic Kak Iman yang dah siap-alhamdulillah:)

Thanks reading this entry!